Monday, 24 December 2012

Diet yg berkobar-kobar

Azam tahun baru
Start esok makan bihun je sampai dinner PPKAS..kikiki 
Ok sile percaya   =.=

Eh lapar r, kite beli makanan untuk malam skali la <-----Last makan nasi buat kali terakhir.
Lepas ni tak bole minum ais
Tak bole makan nasi banyak2
Makan bihun pun kene makan sikit je.
Nak beli herbalife tak mampu, bersenam lagi la tak mampu T__T
Berjayakah aku menguruskan lemak2 yang tidak tersembunyi ini? 
Ya Allah tolonglah kuruskan lemak ku.Hilangkan la dia.huhuhu

Tengok member kurus, ish  x bole jadi ni kene kurus jugak. Pastu esoknye lupe pasal misi kuruskan badan.hihihi... dan akhirnye aku makin membesar dengan jayanya. Lemak-lemak yang kurang didikan dan ajaran ini, makin lama semakin degil dan tumbuh dengan sihatnya.. Sob sob
Housemate ajak makan bihun sup je ari2. bihun tomyam bihun sup dan sayuran. Duduk di UniMAP bole mengalakkan seseorang itu menjadi vegetarian okeh. Sebab makanan yang mahal. Mungkin sebab dulu pernah study tempat yang makanan murah kot, sebab tu terasa mahal die. Tapi sebab utamanye duit di poket makin tipissssssss, duit di bank hampir menjangkaui nilai RM0.29  T_T

Semoga aku mampu untuk tinggalkan nasi..AMIN

Saturday, 4 August 2012

PrelaunchX


 Aish penat aku taip panjang2, asal nak publish je error. Bukan senang aku nak dapat ilham hupdate blog T_T

Tadi ada member introduce pasal prelaunchx ni

 
Prelaunchx ni company under forex. Forex tu company matawang dunia.  27/8 company ni nak lancarkan prelaunchx, but sapa yang join lepas tarikh tu kena bayar rm100. But before 27/8, nak sign up kat prelaunchx tu free je.  

So tak salah rasanye aku sign up. Maklumlah tak keluar sesen pun.T_T
Tapi each sign up kite dapat $100, and each person yang refer kat link kite akan dapat  komisyen $10.
Tapi nak promote link tu la, lemah kepala lutut I. Sape yang nak try cube boleh la klik kat link ni



Bosan!

Salam ramadhan . _.
Sekarang LI adalah sangat bosan ._.
Semua gara2 nak pegi Tioman sgt, sampai salah pilih tempat LI yang takde kene mengena dengan course yang di ambil.  Maap la kepada kawan2 yang termakan kata2 saya, lalu memilih tempat LI di sini.

Oh man! Report LI tak bergerak lagi. Apatah lagi asgment yang boss kasi T_T
Saya sangat malas disini.  Oleh kerana bulan ini bulan puasa, aktiviti yang di jalankan adalah takde.
No more snorkeling (walaupun aku snorkeling kat tempat paling cetek, disebabkan trauma eksiden dengan ikan)
Balik UniMAP, kalo lecture tanya apa input yang awk dapat sepanjang LI?
Jwpnnye >> Saya belajar macam2 resepi untuk memasak.Haha okeh tak kelaka.
Serius aktiviti aku kat sini adalah memasak. Walaupun bukan aku yang masak. Bakat aku memasak adalah dua percent ._.
Dekat rumah tak pernah pun masak.  Dekat sini paling terer pun aku masak sambal sotong je la, walaupun rasa die pelik. Haha nasib baik la dapat kawan dengan budak pandai masak. Kalo tak mati la aku makan telur ari2.

Minggu ni OC sangat tak best ye. Tak meriah lgsg minggu ni. Tapi ada je staff yang best. Depend la pada sapa staff yang masuk minggu tu. Tiap2 minggu staff lain yang masuk pulau ni. Tetiba rindu dekat Encik Murad. Die suke masak, da la sedap, pemurah lak tu. Haha jimat duit tak payah beli barang dapur. Haha tapi minggu ni duit aku abis beli barang, tinggal RM10 je.. Wuwuwu
Tak sabar nak balik raya. Fedap jugak duduk pulau ni. Honeymoon nanti aku konpom tak mau g pulau. Haha tah bile2 kawen pun aku tak tau
 
Aritu aku ada beli product Natural 99 online. Sebelum beli wat survey dulu sebab takut jugak terbeli product palsu.  Sebab yang palsu ada kandungan merkuri.  Tapi beli dekat blog ni ramai customer ckp ok, siap ada logo hologram. Ori la kot. Semoga aku pakai selamat hendaknya.  Aku macam terdesak nak cari product nak putihkan kulit. Walaupun aku sememangnye hitam, tapi takde la sehitam ni lepas duduk pulau. Kulit muka dengan leher sangat2 berbeza, macam ikan pari dengan ikan layar. Eh?
Tak sabar nak try, kebetulan krim muka dengan pencuci muka aku da hampir tamat riwayat hidupnye.

Lapar balik walaupun baru lepas sahur. Ok nak main game. Takde idea nak type da   ._./    

Oh kamon maya! Rajinkan dirimu. Awat pemalas beno sekarang ni T_T  


Monday, 2 July 2012


18/6/2012 da start praktikal. 

Before praktikal >> Wah tioman?Best giler praktikal kat tioman. Setiap hari boleh mandi pantai.

Hari ke-3 >> Bosan. Nak watpe petang ni. Ulang cite The Big Bang Theory sampai muntah T__T. Matik la 3 bulan kat sini
Pantai kecik depan Marine Park

Eh aritu ada Kem terumbu karang untuk budak darjah 5 SK Tekek anjuran Reef Check dengan ALSTOM.  Quiet fun la. Hari akhir budak2 sibuk intak FB. Ada sorang budak ni cakap " Saya ada lebih 70 FB". Aku ingat ada 70 friend, rupenye ada 70 akaun FB. Gosh >.<
Ada setengah mintak no fon. Pastu ari2 dok mesej. "Hai kak maya tengah watpe tu". Alahai dik akak bukan la rajin sangat nak bermesej2 T__T. Padahal aku rasa aku la fasi yang paling x peramah skali. I dengan budak not really can go along..


Ni tolong adik2 pasang khemah. X penah pun pasang khemah. Aku hentam je. Esoknye angin kuat, khemah yang aku pasang roboh. T__T
Sukan petang2. Nama game ni Tupai dengan biawak. Tak larat nak berlari. Gambar kekaburan sebab gune fon je

Eh orang tioman makan sikit je. Dua tiga suap da abis nasi. Kalo aku mmg pengsan la makan nasi setengah senduk T__T

Sunday, 4 March 2012

Rindu Papa

Da dekat 2 minggu papa da takde.  Aku rasa macam mimpi bile tiap kali teringat papa da pergi. Aku tak sangka papa pergi secepat ni. Kalau aku tau, aku akan lebih menghargai die. Even masa last day aku kat rumah pun aku still lagi melawan cakap die.
 Kalau lah aku tau tu kali terakhir aku dengar suara die. 
Kalau lah aku tau tu kali terakhir aku tengok muke die.
Kalau lah masa ni dapat di putar balik
Hanya Allah je tau apa yang aku rasa sekarang ni. Kat rumah aku cube tahan air mata ni daripada mengalir. Tiap kali alya tanya kenapa tuhan amik papa aku speechles. Rasa cam ok cool down maya. Jangan menangis depan orang T_____T.  Hari ni aku tetibe rasa rindu sangat kat die.

*ok sambung edit entry lain kali.rasa cam airmata nak mengalir2 jek*

Ya Allah tempatkan lah ayah aku di kalangan hamba-hamba yang beriman.Al-fatihah

Tuesday, 7 February 2012

Kembali

Yeah! Kembali ke UniMAP. Gembira? Langsung tidak. Oo please la, cuti ini sangat singkat. Cepat sungguh masa berlalu walahal aku langsung tak buat apa2 pun kat rumah.heee =.=

Menghapdet blog bukan satu kewajipan bagi seorang yg bukan blogger tegar.T___T

Aktiviti ku sepanjang musim cuti adalah melepak sambil mengumpulkan lemak2 yang semakin berkembang dengan jayanya, sambil berbulu mata tengok budak zaman sekarang melepak tepi rumah aku.What the fish! Eh takde tempat lain ke nak melepak wahai adik2. Akak sangat berbulu tgk kamu berkepit bercintan cintun walahal apa yang ada kat tepi rumah aku?Longkang?Gembira kot berdating berkepit sambil di temani bau bauan longkang sambil di temani geng2 muka ala2 gengster tak cukup umur. Sigh*

Eh rumah aku da ada beranda depan. Baru siap semalam. Ala nak balik U da, tak sempat nak tgk rupa beranda tu bile da cat.

***********penulisan entry tergendala selama 2 jam gara2 pergi beli barang untuk my mom.Sempat jatuh moto. Da la semalam kaki terhempap kerusi, jari tersepit almari. Adoi suwei T___T